ARAHAN: Sila baca manual pengguna dahulu sebelum mengisi borang permohonan
 
1. Pemohon hendaklah melayari laman sesawang http://www.muftiwp.gov.my/arahkiblat/v3/index.php untuk menggunakan sistem e-Kiblat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan secara atas talian (Online).
2. Pemohon hendaklah mengetik ruangan BORANG PERMOHONAN untuk membuat permohonan baharu atau semakan.
3. Pemohon wajib mengisi ruangan di Bahagian A: Butir- butir pemohon dan Bahagian B: Butir-butir Premis serta ruangan yang bertanda (*).
4. Pemohon hendaklah mengetik butang DAFTAR untuk mendaftar permohonan yang telah selesai diisi atau mengetik butang RESET untuk mengosongkan semula ruangan yang diisi.
5. Permohonan yang telah didaftarkan akan masuk ke bahagian PENGESAHAN KEMASUKAN MAKLUMAT untuk mengemaskini permohonan atau mengetik butang HANTAR untuk menghantar permohonan yang telah lengkap dan betul kepada pentadbir sistem e-Kiblat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
6. Pemohon akan dihubungi oleh pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk menetapkan tarikh, masa dan pegawai yang bertugas di lokasi.
7. Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan mengetik butang STATUS PERMOHONAN untuk menyemak waktu temujanji dan pengesahan arah kiblat yang telah diukur.
8. Pemohon boleh mencetak SURAT PENGESAHAN ARAH KIBLAT selepas kerja-kerja penentuan arah kiblat selesai dilakukan.
 
 
Sistem e-Kiblat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.